Friday, 29 April 2011

Soalan 1 Kertas 2 Matematik PMR

Sekiranya anda peka terhadap solan kertas 2, soalannya sentiasa berulang mengikut nombor soalan. Soalan pertama adalah "Directed Numbers" bab 1 dalam tingkatan 2.

CONTOH 1 :

1. Dalam menyelesaikan masalah begini adalah dengan menyelesaikan operasi dalam kurungan terlebih dahulu.
2. Anda boleh lihat di sebelah kanan yang tertulis jalan kira, CKK tukarkan nombor bercampur kepada pecahan tidak wajar.
3. Samakan pembawah 5 dan 4 menjadi 20.
4. Setelah mendapat jawapan barulah operasi bahagi dilaksanakan.
5. Ingat!!! dalam pembahagian pecahan, langkah 2 perlu ditukar menjadi darab dan pecahan selepas operasi diterbalikkan.
6. Beri jawapan terakhir dengan sebutan terendah.
7. Selamat mencuba!!!

CONTOH 2 :

CONTOH 3 :
 CONTOH 4 :


P/S : Soalan PMR tahun-tahun lepas akan ditunjukkan juga jalan kiranya... tunggu!!!

Matematik itu Indah & Mudah...
adios....


Pengenalan

Blog ini ditulis setelah CKK rasa perlu ada sesuatu pembaharuan dalam kerjaya CKK.  CKK mahu ada sesuatu yang baru yang dapat dikongsi dengan semua pelajar CKK mahupun dengan sesiapa sahaja yang sudi singgah ke blog ini.  Sebenarnya CKK mula aktif dengan blog sejak 2008, tapi ia hanyalah blog peribadi dan cerita-ceritanya lebih kepada santai sahaja.  Tapi kali ni, CKK ingin menjadikan blog sebagai medan untuk CKK berkongsi ilmu dengan semua pelajar di Malaysia. Untuk permulaan ini, tumpuannya hanya kepada pelajar PMR dahulu. Andai ada ruang dan masa akan dilanjutkan untuk pelajar SPM.  Moga ada sambutan dari kalangan pelajar dan guru. Andai ada kesilapan CKK sedia menerima teguran.  Terutama dari segi penggunaan bahasa. Walaupun CKK guru tapi CKK akur tidak pandai berbahasa formal sangat kerana lebih kepada mengira.

sebarang pertanyaan dan persoalan akan cuba segera dijawab. Tinggalkan komen atau pesanan diruangan chat atau terus ke emel CKK : cikgukirakira@gmail.com