Blog ini ditulis setelah CKK rasa perlu ada sesuatu pembaharuan dalam kerjaya CKK. CKK mahu ada sesuatu yang baru yang dapat dikongsi dengan semua pelajar CKK mahupun dengan sesiapa sahaja yang sudi singgah ke blog ini. Sebenarnya CKK mula aktif dengan blog sejak 2008, tapi ia hanyalah blog peribadi dan cerita-ceritanya lebih kepada santai sahaja. Tapi kali ni, CKK ingin menjadikan blog sebagai medan untuk CKK berkongsi ilmu dengan semua pelajar di Malaysia. Untuk permulaan ini, tumpuannya hanya kepada pelajar PMR dahulu. Andai ada ruang dan masa akan dilanjutkan untuk pelajar SPM. Moga ada sambutan dari kalangan pelajar dan guru. Andai ada kesilapan CKK sedia menerima teguran. Terutama dari segi penggunaan bahasa. Walaupun CKK guru tapi CKK akur tidak pandai berbahasa formal sangat kerana lebih kepada mengira.
sebarang pertanyaan dan persoalan akan cuba segera dijawab. Tinggalkan komen atau pesanan diruangan chat atau terus ke emel CKK : cikgukirakira@gmail.com
No comments:
Post a Comment